Valencia pecat Ayestaran

Valencia pecat Ayestaran

MADRID, 21 Sept – Pasukan gergasi La Liga yang bergelut Valencia, memecat jurulatihnya Pako Ayestaran semalam selepas gagal untuk meraih sebarang mata pada empat perlawanan pembukaan liga mereka musim ini.

Bekas penolong pengurus Liverpool mengambil tugas itu pada Mac apabila kendalian Gary Neville berakhir selepas tiga bulan dan membantu Valencia daripada tersingkir daripada La Liga dengan tiga kemenangan dalam empat perlawanan pertama.

Bagaimanapun, kekalahan tujuh kali berturut-turut sejak itu telah membuatkan pasukan itu menduduki kedudukan terbawah La Liga.

“Berikutan mesyuarat dengan ahli-ahli lembaga pengarah, Valencia Club de Futbol telah membuat keputusan untuk melepaskan Pako Ayestaran daripada peranannya sebagai jurulatih pasukan utama,” ujar kelab itu dalam satu keterangan.

“Keputusan itu telah dibuat selepas menganalisis situasi dan keputusan kesukanan terkini.

Ayestaran dipecat oleh Valencia berikutan kempen liga tanpa menang. – AFP
Ayestaran dipecat oleh Valencia berikutan kempen liga tanpa menang. – AFP

“Sementara kelab itu memuktamadkan pelantikan jurulatih baru, tanggungjawab dan kepercayaan penuh diberikan kepada Salvador Gonzalez “Voro” untuk mengendalikan pasukan utama ketika tempoh sementara ini.

“Valencia Club de Futbol ingin mengucapkan terima kasih kepada Pako Ayestaran dan kakitangan kejurulatihannya atas komitmen, usaha dan profesionalisme ketika mengendalikan pasukan ini. Pihak kelab ingin mengucapkan semoga maju jaya kepada pasukannya dalam masa akan datang.” Ayestaran sebelum ini menyertai kelab itu pada Februari sebagai penolong Neville.

Bagaimanapun, dia menggantikan bekas kapten Manchester United itu beberapa bulan selepas itu apabila Neville dipecat selepas hanya meraih tiga kemenangan dalam 16 perlawanan La Liga. Ayestaran sebelum ini juga bekerja di Valencia sebagai penolong Rafael Benitez ketika kempen kemenangan terbaru Valencia pada musim 2001/02 dan 2003/04. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA