Valencia sekat kemaraan Monaco

Valencia sekat kemaraan Monaco

MONACO, 26 Ogos (AFP) – Valencia menyekat kemaraan Monaco pada saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk layak ke peringkat kumpulan meskipun tewas 2-1 pada aksi kedua play-off di Stade Louis II, awal pagi tadi.

Kelab Sepanyol itu layak dengan agregat 4-3 selepas menang 3-1 pada aksi pertama play-off minggu lalu. Pada pertemuan pagi tadi, Valencia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Alvaro Negredo pada minit ke-4.

Andrea Raggi pula menyamakan kedudukan untuk Monaco pada minit ke-17 dan Elderson berjaya membawa tuan rumah di depan menerusi gol pada minit ke-75.

Namun, kedudukan itu berlarutan sehingga tamat permainan dan kelab Perancis itu terpaksa berputih mata apabila tersekat di peringkat kelayakan berbanding mara ke suku akhir musim lalu.

Bagi Valencia yang pernah muncul naib juara dua kali pada tahun 2000 dan 2001 iaitu kalah kepada Real Madrid dan Bayern Munich, ia dianggap kejayaan manis selepas dua tahun gagal beraksi.

Midfield Valencia Enzo Perez (kanan) bersaing dengan midfield Monaco Thomas Lemar (kiri) di Stadium Louis II di Monaco, semalam. – AFP
Midfield Valencia Enzo Perez (kanan) bersaing dengan midfield Monaco Thomas Lemar (kiri) di Stadium Louis II di Monaco, semalam. – AFP