Valverde juara Fleche Wallonne buat kali ke-4

Valverde juara Fleche Wallonne buat kali ke-4

HUY, Belgium, 21 April – Alejandro Valverde dari Sepanyol mencatatkan masa sempurna untuk memenangi Fleche Wallonne bagi kali keempat semalam.

Perlumbaan hampir 200km pada pertengahan minggu Ardennes Classic itu menjadi menarik pada pendakian terakhir 1.3km Mur de Huy, dengan Valverde mengetepikan Julian Alaphilippe dari Perancis.

Dan Martin dari Ireland, yang mendahului pendakian, menduduki tempat ketiga dengan penunggang dari Belanda Wout Poels tempat keempat. Valverde menunggu sehingga 300m sebelum membuat pecutan.

Pesaingnya Joaquim Rodriguez sudah melancarkan serangan untuk menang sebelum terjejas dipintas oleh Martin. Tetapi dia juga membuktikan untuk mengatasi ketika Valverde menghasilkan kecemerlangan pada perlumbaan terakhir.

“Saya merasa lebih gentar berbanding biasa, saya tidak mahu terlepas. Saya menghasilkan pada jarak yang tepat untuk membuat pergerakan,” lapor Valverde.

Julian Alaphilippe dari Etixx-Quick-Step, Alejandro Valverde dari Movistar dan Daniel Martin dari Etixx-Quick-Step meraikan kejayaan di atas podium selepas perlumbaan La Fleche Wallonne sehari suntuk sejauh 196Km dari Marche-en-Famenne ke Huy selesai, kelmarin. – AFP
Julian Alaphilippe dari Etixx-Quick-Step, Alejandro Valverde dari Movistar dan Daniel Martin dari Etixx-Quick-Step meraikan kejayaan di atas podium selepas perlumbaan La Fleche Wallonne sehari suntuk sejauh 196Km dari Marche-en-Famenne ke Huy selesai, kelmarin. – AFP

Dia berada dalam perlumbaan berkongsi rekod tiga kemenangan bersama empat penunggang lain termasuk Eddy Merckx dari Belgium.

“Ia adalah yang bersejarah bagi saya. Saya rasa ia penting untuk meninggalkan kesan anda dalam sejarah seperti perlumbaan ini,” tambah Valverde. “Perlumbaan ini bukan yang tidak signifikan dalam kalendar. Saya akan berada di sini tahun depan.”

Valverde, berkata tujuan utamanya bagi musim ini akan hadir pada Giro d’Italia bulan depan.

“Tujuan saya adalah untuk berada di atas podium Giro sambil merasakan kemenangan peringkat,” tambahnya. “Tetapi saya sedar saya perlu mempunyai beberapa persaingan hebat.

“Sebelum itu saya akan pergi ke Liege-Bastogne-Liege (pada Ahad) dengan harapan untuk menang walaupun tanpa meletakkan penyertaan Giro saya dalam risiko.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA