Van Gaal, Advocaat bertemu di Old Trafford

Van Gaal, Advocaat bertemu di Old Trafford

pg23_150926_dMANCHESTER, United Kingdom, 25 Sept (AFP) – Perbandingan rentak antara Manchester United dan Sunderland mungkin lebih hebat apabila kedua-dua kelab tersebut bertemu di Old Trafford esok.

United telah memenangi dua perlawanan Liga Perdana mereka yang lalu – menjaringkan enam gol dalam proses itu – dan dengan hanya satu kekalahan dalam liga musim ini untuk melonjak ke tangga kedua, dua mata di belakang pesaing Manchester City.

Pasukan Louis van Gaal berada dalam perlawanan itu berbekalkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Ipswich Town dalam Piala Liga untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Dalam persaingan sama, Sunderland tewas 4-1 di tempat sendiri menentang Manchester City Selasa lalu dan kelab dari timur laut itu – baru meraih kemenangan di Old Trafford sejak 1968, membantu mereka menjauhi zon penyingkiran pada akhir musim 2013/14 – di tangga tercorot Liga Perdana.

Ketua jurulatih, Dick Advocaat (gambar) berada di bawah tekanan dengan Sunderland belum memenangi perlawanan liga musim ini, walaupun dia tidak mungkin akan menerima sebarang sokongan di atas padang dari rakan senegara, van Gaal.

Advocaat bukanlah asing kepada van Gaal dan kedua-duanya telah bertemu sembilan kali sebagai pengurus pasukan bersaing, dengan lima seri, tiga menang bagi Advocaat dan hanya sekali menang bagi bos United itu.

United berjaya mengorak langkah dalam masa 12 bulan berikutan kesukaran di Old Trafford bagi bekas jurulatih Belanda itu.

Impak Anthony Martial – belian 36 juta pound (AS$55 juta) dari Monaco Ogos lalu telah menjaringkan empat gol dalam empat kemunculan pertama – merupakan contoh perkembangan United, biarpun van Gaal menegaskan tidak seorang pun perlu terbawa-bawa.

ARTIKEL YANG SAMA