Van Gaal akur

Van Gaal akur

LONDON, 1 Feb – Pengurus Manchester United Louis van Gaal (gambar) mengakui tidak tahu bagaimana sambutan yang akan diterimanya apabila pasukannya kembali ke Old Trafford untuk menentang Stoke City, awal pagi Rabu ini.

United diejek selepas perlawanan terakhir di laman sendiri, yang mana mereka tewas 0-1 di tangan Southampton hujung minggu lalu yang mencetuskan spekulasi media terhadap kedudukan Van Gaal.

Pasukannya menang 3-1 ke atas Derby County awal pagi Sabtu lalu untuk mara ke pusingan kelima Piala FA namun Van Gaal mengakui ia tidak cukup untuk memuaskan hati penyokong yang kecewa dengan prestasi sebelum ini.

“Saya bukannya bodoh. Saya seorang yang bijak dan tidak boleh meramalkan suasana,” katanya.

“Saya harap kami boleh memberikan persembahan sehebat Jumaat lalu tapi kami perlu menentang Stoke City. Ia lawan berbeza.

Derby County v Manchester United - FA Cup Fourth Round

“Namun jika mereka menjerit kepada saya, ia tidak penting. Adalah penting bagi mereka menyokong pemain. Pemain berdepan tugas paling sukar.

“Mereka perlu mendapatkan keputusan dalam tempoh sejam dan dengan tentangan itu, mereka tidak mempunyai alasan. Mereka perlu disokong peminat.

“Tiada masalah jika saya tidak lagi popular. Bukan kali pertama ia berlaku terhadap saya tapi saya mampu menghadapinya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA