Van Gaal dedah punca De Gea disisihkan

Van Gaal dedah punca De Gea disisihkan

LONDON, 14 Ogos (AFP) – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mendedahkan penjaga golnya, David de Gea memberitahu salah seorang jurulatih dia tidak mahu beraksi pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris, musim ini.

De Gea tidak akan beraksi pada perlawanan kedua United dalam aksi liga menentang Aston Villa, awal pagi ini kerana Van Gaal yakin penjaga gol Sepanyol itu tidak mampu memberikan sepenuh tumpuan disebabkan minat yang ditunjukkan Real Madrid terhadapnya.

Ia alasan sama buat pengendali kelahiran Belanda itu yang turut menyisihkan De Gea dalam senarai skuadnya pada perlawanan pembuka musim di mana United mencatat kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspurs, Sabtu lalu.

Ketika sidang media menjelang pertembungan dengan Villa, Van Gaal membuat kejutan dengan berkata, De Gea memberitahu jurulatih penjaga gol, Frans Hoek yang dia tidak mahu bermain menentang Tottenham.

Begitupun, bekas pengendali skuad kebangsaan Belanda itu memberi penjelasan mengapa dia membuat keputusan mengejutkan itu.

“Kami berbincang dengannya (De Gea), dan dia amat bersetuju dengan keputusan kami,” kata Van Gaal.

“Saya memiliki seorang pembantu jurulatih (Marcel Bout) dan kami bercakap mengenai perkara seperti ini.

“Kami juga mempunyai jurulatih penjaga gol, Frans Hoek, saya tidak melakukannya secara berseorangan. Frans Hoek, dia ada membuat perbincangan dengan David de Gea dan bertanya kepadanya, ‘Kamu mahu bermain?

Apabila ditanya mengenai jawapan De Gea, Van Gaal memberi jawapan: “Tidak. Selepas itu, saya perlu membuat keputusan. Ia adalah sebagai proses.

“Kami sudah melakukan penelitian terhadapnya sebagai persiapan, dia tidak begitu bagus, dia bukan lagi David de Gea seperti sebelum ini.

ARTIKEL YANG SAMA