Van Gaal mahu penyokong Man United bersabar

Van Gaal mahu penyokong Man United bersabar

MANCHESTER, 3 Nov (AFP) – Louis Van Gaal menggesa penyokong Manchester United untuk bersabar dengan masalah ketandusan gol yang melanda kelab itu kerana ianya sebahagian daripada falsafah jurulatih tersebut. Kesebelasan anak didik Van Gaal gagal menjaringkan gol sejak perlawanan bertemu CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa minggu lalu.

Menurut jurulatih kelahiran Belanda itu, dia akan memberi ruang untuk Wayne Rooney berehat sekiranya itu yang diperlukan pemain berkenaan.

“Saya berharap penyokong akan terus kekal bersama kami sepertimana yang kami terima sehingga kini, ia penting untuk kesemua pemain United.

“Walaupun banyak kritikan, tetapi penyokong masih lagi menyokong kami. Ketahuilah bahawa sangat susah untuk melakukan yang terbaik di atas padang berbanding ketika latihan.

“Oleh itu, penyokong perlu bersabar dan terus menyokong, anda adalah pemain ke-12 kami,” jelasnya.

Rooney dijangka akan kembali mengetuai bahagian serangan United dalam perlawanan kedua bertemu CSKA Moscow di Old Trafford.

ARTIKEL YANG SAMA