Van Gaal puji Rooney

Van Gaal puji Rooney

MANCHESTER, 3 Jan (AFP) – Pengurus Manchester United Louis van Gaal memberi penghormatan kepada Wayne Rooney selepas kemenangannya menentang Swansea City yang mengangkatnya ke tempat kedua dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang masa kelab berkenaan.

Dengan kehebatan sentakan Rooney melalui hantaran Anthony Martial dengan permainan tinggal 13 minit lagi di Old Trafford semalam telah memberikan pasukannya kemenangan 2-1 yang menamatkan kemarau tanpa kemenangan selama sembilan perlawanan dan meletakkan Manchester di tangga kelima dalam Liga Perdana.

Gol liga ketiga kapten United itu musim ini telah meletakkan pada kedudukan mengatasi Denis Law dengan 238 gol di belakang pemegang rekod kelab, Bobby Charlton dengan 249 gol dan Van Gaal berharap kemenangan pertama di tempat sendiri sejak 7 November akan membawa peningkatan bagi Rooney dan pasukannya.

Van Gaal yang telah menyaksikan susunan berturut-turut terpanjang perlawanan tanpa kemenangan sejak 1990 berkata “Ia mengagumkan dan itu pada usia 30 tahun.”

Van Gaal memuji aksi Wayne Rooney yang menamatkan kemarau tanpa kemenangan kelab tersebut. – Reuters
Van Gaal memuji aksi Wayne Rooney yang menamatkan kemarau tanpa kemenangan kelab tersebut. – Reuters

“Perlu dinyatakan bahawa sudah tentu kini kami beraksi dalam lebih banyak perlawanan, tetapi masih itu satu pencapaian. Bagi saya adalah lebih penting dia menjaringkan gol sekarang dan dia menjaringkan gol hari ini (Sabtu).”

“Dia menjaringkan gol hebat, dengan kaki kirinya di belakang kaki kanannya, dan tidak boleh dibayangkan gol itu. Satu gol yang hebat.”

“Semua pemain telah melakukan yang terbaik dan itu sangat penting bagi pengurus. Saya harap itu adalah titik permulaan hebat bagi pasukan ini dan bagi dia.”

United, yang keputusan serinya 0-0 menentang Chelsea pada Isnin lalu bererti mereka telah gagal menjaringkan gol dalam lima dari lapan perlawanan di tempat sendiri yang sebelumnya, telah menghasilkan prestasi meningkat.

Selain mencipta gol kemenangan, Martial menjaringkan gol melalui tandukannya dalam jaringan pembukaan permainan, dua minit dalam separuh masa kedua dan Ashley Young, yang memberi hantaran juga menonjol.

ARTIKEL YANG SAMA