Van Gaal sudah sedia

Van Gaal sudah sedia

MANCHESTER, United Kingdom, 18 Ogos – Pengurus Manchester United Louis van Gaal hari ini mengakui persaingan play-off Liga Juara–Juara menentang Club Brugge adalah salah satu perlawanan yang memberikan tekanan dalam kendaliannya setakat ini.

Pasukan Red Devils menghoskan pasukan Pro League Belgium itu dalam perlawanan pertama di Old Trafford hari ini ketika kembali ke dalam persaingan bola sepak elit Eropah selepas semusim menghilang.

Memandangkan pendapatan tambahan melalui penyertaan akan menjana hierarki yang dihasilkan United dalam peringkat kumpulan menjadi sasaran utama van Gaal dengan jangkaan di kalangan penyokong kekal tinggi.

Dan apabila ditanya jika perlawanan itu mewakili perlawanan yang signifikan yang dihadapi Van Gaal sejak menggantikan David Moyes sebagai pengurus, pengurus dari Belanda itu bersetuju.

Van Gaal berkata: “Sudah tentu kerana ramai pemain mahu menyertainya, dan lembaga juga mahu menyertainya terutamanya sekali peminat pun demikian juga. Jadi tekanan adalah tinggi. Terdapat banyak tekanan kerana tujuan kami dan hasrat kami adalah untuk mara ke Liga Juara–Juara.

“Perlawanan seperti ini sukar kerana undian itu saya rasa sudah sukar kerana kami diundi bersama Brugge yang boleh bertahan dengan baik, dan mereka juga boleh melakukan serangan.

“Ia perlawanan sukar. Itulah sebabnya mengapa tekanan adalah tinggi. Semua orang mahu menyertai Liga Juara–Juara tetapi anda perlu menewaskan Brugge.

Bercakap pada sidang akhbar pra perlawanan menjelang perlawanan pertama, Van Gaal juga menangani persoalan berhubung permulaan hambar kapten Wayne Rooney musim ini. – AFP