Van Persie cuba dijual

Van Persie cuba dijual

LONDON, 3 Julai (Agensi) – Bekas pemain Belanda, Pierre van Hooijdonk berkata, Manchester United mahu menjual Robin van Persie tanpa pengetahuannya selepas dikaitkan akan berpindah daripada Old Trafford beberapa bulan lalu.

Van Persie dikatakan akan berpindah dari United pada jendela musim panas ini selepas dilihat bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bawah bimbingan Louis van Gaal pada musim lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu memberi bayangan akan berpindah pada Julai ini kerana mahu berada dalam kesebelasan utama dan van Hooijdonk berkata, United telah mula mencari kelab lain yang mahukan khidmat van Persie pada Januari lalu.

“Sejak dari Januari lagi, saya telah mendapat maklumat daripada Turki mengenai van Persie dan Fenerbahce. Apabila maklumat ini sampai, kamu tahu bahawa United telah menghantar orang untuk memindahkannya.

“Orang lain dan ejen sedang mencari kelab besar untuk menyediakan dana bagi mendapatkan van Persie.

Van Persie ketika melakukan latihan bersama pasukan kebangsaan Belanda. – Reuters
Van Persie ketika melakukan latihan bersama pasukan kebangsaan Belanda. – Reuters

Kontrak van Persie akan tamat pada tahun hadapan, jadi inilah masanya untuk United mendapatkan duit daripadanya.

“Van Persie berada dalam situasi yang sukar. Dia berkata bahawa gembira untuk kekal dan saya memahami perkara ini tetapi van Persie merasai bahawa United mahu menjualnya.

“Kelab besar di England, Sepanyol atau Jerman merupakan pilihan yang lebih menarik sehingga pemain tersebut sedar bahawa terdapat perbincangan dua buah kelab di belakangnya. Ia merupakan satu tekanan.

Kamu dilihat terpaksa pergi ke sebuah kelab yang mana majikan kamu telah melakukan perjanjian.

Bekas pemain Fenerbahce, van Hooijdonk percaya bahawa bekas kelabnya itu berminat untuk mendapatkan khidmat van Persie dan mahu penyerang United itu meninggalkan Old Trafford sementara masih mempunyai peluang.

“Sudah jelas bahawa United mahu menjualnya.

Jadi, dia hanya perlu memutuskannya,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA