Van Persie mungkin turun di West Bromwich

Van Persie mungkin turun di West Bromwich

MANCHESTER, 1 Mei (AFP) – Robin van Persie boleh membuat penampilan pertama sejak Februari menentang West Bromwich Albion pada Sabtu apabila Manchester United cuba untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam empat pasukan teratas Liga Perdana.

Van Persie turun sebagai pemain gantian dalam kekalahan 3-0 United kepada Everton Ahad lepas dalam penampilan pertamanya selepas kecederaan buku lali dan bersaing untuk mendapat tempat menghadapi Baggies di Old Trafford.

United mungkin beraksi tanpa kapten Wayne Rooney selepas dia mengalami kecederaan lutut di Goodison Park, sekali gus meningkatkan prospek Van Persie atau Radamel Falcao bermain di bahagian serangan untuk United.

Van Persie, 31, telah menjaringkan 10 gol dalam 25 penampilan liga musim ini tetapi hanya dua daripada gol itu dijaringkan pada 2015.

Selain persoalan ketersediaan Rooney, pengurus United Louis van Gaal juga bimbang dengan kecergasan tiga pemain pertahanan. Midfield Michael Carrick, bek tengah Marcos Rojo dan Phil Jones yang terlepas perlawanan menentang Everton, juga diragui untuk lawatan West Brom.

Van Persie mungkin diturunkan menentang West Brom Sabtu ini. – Reuters
Van Persie mungkin diturunkan menentang West Brom Sabtu ini. – Reuters

Kekalahan United di Everton menyusuli kekalahan 1-0 ke atas juara pilihan, Chelsea di Stamford Bridge dalam perlawanan kunjungan mereka sebelum ini.

Ia adalah kali pertama mereka mengalami kekalahan berturut-turut sejak van Gaal mengambil alih sehingga memberikan Liverpool di tempat kelima peluang untuk merapatkan jurang.

United bernasib baik apabila The Reds mensia-siakan peluang dan tewas 1-0 di Hull City pada Selasa, menyebabkan pasukan van Gaal di tempat tujuh mata di depan musuh ketat mereka.

United memerlukan enam mata daripada empat perlawanan terakhir untuk menjamin tempat empat teratas dan pemain pertahanan Chris Smalling yakin skuad akan memberi respon yang baik selepas dua kekalahan baru-baru ini.