Van Persie perlu tingkatkan permainan

Van Persie perlu tingkatkan permainan

AMSTERDAM, 4 Jun (Reuters) – Robin van Persie mengekalkan pilihannya terbuka mengenai masa depannya di Manchester United ketika dia memasuki musim akhir kontraknya bersama kelab itu, media Belanda melaporkan semalam.

Pemain penyerang itu kembali dari kecederaan menuju akhir musim tetapi tidak lagi mampu untuk berada dalam tempat biasanya bersama pasukan itu.

“Kelab itu perlu melakukan kerja dan begitu juga saya. Ia merupakan situasi yang baru,” dia memberitahu wartawan dalam temu bual bersama akhbar Belanda menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa esok di antara Belanda dan Amerika Syarikat di Amsterdam.

“Saya akan berada dalam keadaan tenang dan mempertimbangkan segalanya.

“Saya masih bercita–cita untuk beraksi pada setiap minggu. Saya merasakan cukup cergas dan masih boleh meneruskan beberapa tahun lagi. Pegang kata-kata saya,” kata pemain berumur 31 tahun itu yang berpindah ke Old Trafford dari Arsenal pada 2012.

Van Persie sewaktu berlatih bersama pasukan negaranya menjelang perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat. – AFP
Van Persie sewaktu berlatih bersama pasukan negaranya menjelang perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat. – AFP

Van Persie berkata dia seharusnya mencatatkan enam atau tujuh gol lagi berbanding jumlah 10 gol yang dijaringkannya di kelab itu musim lalu.

“Orang ramai tidak menerima saya hanya menjaringkan 10 gol. Sebenarnya ia adalah satu pujian kerana mereka mengharapkan lebih lagi dari saya berdasarkan apa yang boleh saya lakukan. Saya adalah penjaring kedua tertinggi kelab itu bersama Juan Mata dan di belakang Wayne Rooney (14 gol).

“Ia adalah tidak bagus bahawa kelab hebat seperti Manchester United tidak menjaringkan gol dengan 20 atau lebih banyak gol setiap musim dan sebab itu kami hanya menamatkan tangga keempat.”

Van Persie bergelut dengan kecederaan buku lali sepanjang musim, menyalahkan program latihan Piala Dunia, ketika dia bergelut untuk ke Brazil, dan kemudian kekurangan rehat selepas perlawanan musim panas lalu.

“Selepas saya kembali daripada kecederaan, saya menyedari saya tidak secara automatik kembali dalam barisan utama,” katanya. “Tetapi saya tidak bermasalah dengannya kerana mereka beraksi dengan baik pada ketika itu.

“Perkara seperti ini berlaku. Kami hidup dalam dunia dewasa. Louis van Gaal bukanlah jurulatih Robin van Persie tetapi Manchester United dengan 25 pemain dari skuad itu.”