Van Persie tidak kecewa

Van Persie tidak kecewa

ISTANBUL, 15 Julai – Penyerang antarabangsa Belanda Robin van Persie semalam berkata dia tidak kecewa meninggalkan Manchester United bagi menyertai gergasi Istanbul Fenerbahce selepas tiga tahun bersama kelab Liga Perdana itu.

Selepas permulaan menarik Red Devils pada 2012 di bawah Alex Ferguson berikutan perpindahannya dari Arsenal, van Persie nampak teragak–agak dan musim 2014/2015 beliau terjejas dengan kecederaan ligmen buku lali.

“Ia situasi di mana saya melihatnya boleh terjadi dan saya biasa dengan idea itu (meninggalkan Manchester United) buat masa seketika,” van Persie memberitahu wartawan pada sidang akhbar pertamanya selepas memeterai kontrak bersama Fenerbahce.

“Ini adalah bola sepak. Anda menyertai kelab baru, Ada tempoh yang bagus dan ada ketika yang buruk. Tidak ada kekecewaan bagaimana ia harus berlaku. Ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan sebahagian daripada kehidupan. Saya menerimanya.”

Menurutnya lagi, dia menikmati ‘masa yang bagus’ bersama pemain Manchester United untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum berlepas ke Turki.

Robin Van Persie (tengah) ditemani pengarah sukan Fenerbahce Giuliano Terraneo semasa melengkapkan perjanjiannya di stadium Sukru Saracoglu di Istanbul semalam. – AFP
Robin Van Persie (tengah) ditemani pengarah sukan Fenerbahce Giuliano Terraneo semasa melengkapkan perjanjiannya di stadium Sukru Saracoglu di Istanbul semalam. – AFP

Van Persie juga memuji peranan naib pengerusi eksekutif United Ed Woodward, yang dikatakannya telah berurusan dengan perpindahannya ke Fenerbahce dalam ‘cara klasik” dan bertindak seperti ‘lelaki sejati’.

Van Persie tidak mengulas mengenai ketegangannya dengan bos Manchester United Louis van Gaal, yang telah membawa van Persie dan rakan senegaranya selesai di tangga ketiga Piala Dunia.

“Dalam pilihan yang sukar anda lakukan dalam kehidupan, anda melihat kepada perkara positif dan negatif, anda bercakap kepada orang yang anda sayangi dan kemudian saya perlu membuat keputusan,” katanya.

Van Persie berkata dia ‘yakin’ boleh mencapai peringkat permainan yang dicapainya apabila berpindah dari Arsenal ke Manchester United pada 2012. – AFP