Varane kembali beraksi di Euro

Varane kembali beraksi di Euro

MADRID, 18 Mei (AFP) – Pemain pertahanan Real Madrid dan Perancis, Raphael Varane merasa yakin pasukan Les Bleus memiliki gabungan pasukan muda dan berpengalaman untuk membawa mereka bagi kejayaan di gelanggang sendiri dalam persaingan Euro 2016.

Varane, 23, adalah salah seorang dari beberapa pemain muda yang berbakat termasuk Paul Pogba dari Juventus, Anthony Martial dari Manchester United dan pesaing Atletico Madrid, Antoine Griezmann yang akan membawa harapan Perancis bagi mengikuti jejak kejayaan mereka memenangi Euro dan Piala Dunia di gelanggang sendiri masing–masing pada 1984 dan 1998.

Bagaimana pun, Varane percaya pengalaman mereka dalam menangi tekanan beraksi menentang kelab–kelab terbaik Eropah akan membantu mereka menangani jangkaan dari negara.

“Gabungan pemain muda dan berpengalaman ini adalah menarik dan pemain–pemain beraksi dalam kelab–kelab terbesar Eropah. Kami kerap menghadapi tekanan,” Varane memberitahu AFP semalam.

“Ini adalah pasukan yang mampu untuk menjejaskan sesiapa saja. Pada ketika ini kami berpotensi dan segala-galanya boleh berlaku.

Varane ketika ditemu bual AFP di sebuah hotel di Madrid semalam. Varane yakin pasukan Les Bleus memiliki gabungan pasukan muda dan berpengalaman untuk membawa mereka bagi kejayaan di gelanggang sendiri dalam persaingan Euro 2016. – AFP
Varane ketika ditemu bual AFP di sebuah hotel di Madrid semalam. Varane yakin pasukan Les Bleus memiliki gabungan pasukan muda dan berpengalaman untuk membawa mereka bagi kejayaan di gelanggang sendiri dalam persaingan Euro 2016. – AFP

“Biarpun sekumpulan pemain muda boleh melakukannya. Kami mempunyai pasukan yang berkeupayaan untuk menewaskan semua orang, yang boleh menyatakan untuk bersaing dengan pasukan–pasukan terbaik. Bagi saya, pemain muda kami adalah kuat.”

Varane dijangka menjadi pilihan pertama jurulatih Perancis, Didier Deschamps di bahagian pertahanan bagi persaingan Euro.

Bagaimana pun, dia melalui satu lagi musim naik dan turun di Real memandangkan dia sekali lagi bergelut untuk bersaing bersama kapten pasukan, Sergio Ramos dan pemain veteran Portugal, Pepe sebagai pemain pertahanan biarpun ketibaan Zinedine Zidane yang mencadangkan penandatanganannya dari Lens ketika berusia 18 tahun sebagai jurulatih.

Varane, merasa yakin mendapatkan kembali rentak terbaiknya tepat bagi perlawanan pembukaan Perancis dalam perlawanan menentang Romania pada 10 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA