Vardy catat rekod jaringan

Vardy catat rekod jaringan

LONDON, 29 Nov (AFP) – Penyerang Leicester City, Jamie Vardy mencatat sejarah apabila meledak jaringan ke-11 berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris ketika menentang Manchester United yang berkesudahan terikat seri 1-1 di Stadium King Power, semalam.

Jaringan penyerang England pada minit ke-24 itu menjelma selepas mendapat hantaran Christian Fuchs sebelum Vardy merembat rendah melepasi jangkauan penjaga gol United, David de Gea.

Ia sekali gus memecah rekod jaringan sebelum ini yang dikongsi Vardy bersama bekas penyerang United sendiri, Ruud van Nistelrooy.

Pemain Leicester, Jamie Vardy (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan pemain Manchester United, Chris Smalling pada perlawanan di Stadium King Power, Leicester, England, pada 28 November 2015. – Agensi
Pemain Leicester, Jamie Vardy (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan pemain Manchester United, Chris Smalling pada perlawanan di Stadium King Power, Leicester, England, pada 28 November 2015. – Agensi

Van Nistelrooy pantas mengucapkan tahniah kepada Vardy dalam posting Twitter: “Syabas @vardy7! Anda kino nombor satu dan anda layak untuknya. #11inarow.”

Ia juga jaringan Vardy ke-14 dalam liga untuk musim ini yang menjadikan dia kini penjaring terbanyak liga.

Bagaimanapun jaringan Vardy itu tidak lama apabila Bastian Schweinsteiger menanduk masuk untuk gol penyamaan United pada minit ke-46 selepas mendapat hantaran tendangan sudut Daley Blind.

ARTIKEL YANG SAMA