Vardy harap dapat pikat Hodgson

Vardy harap dapat pikat Hodgson

LENS, 17 Jun (AFP) – Penyerang England, Jamie Vardy berharap dia sudah melakukan secukupnya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas masuk dari bangku simpanan untuk meledak gol ketika skuad kendalian Roy Hodgson menewaskan Wales 2-1, malam ini.

Vardy yang menjadi wira kisah dongeng Leicester City menjuarai Liga Inggeris, tidak dibawa masuk ketika aksi pembukaan England terikat 1-1 dengan Rusia, tetapi mula menandakan kemunculannya apabila menjaringkan gol penyamaan selepas Wales mendahului 1-0 menerusi gol Gareth Bale.

“Saya fikir semua pemain mahu menjadi sebahagian daripada pasukan dan beraksi sebagai kesebelasan utama,” kata Vardy kepada BBC.

“Ia adalah permainan berpasukan, terdapat 23 pemain keseluruhannya, jadi apabila masuk dari bangku simpanan sudah pasti anda mahu memberi impak dan syukur saya melakukan hari ini.”

Vardy (dua kiri) menjaringkan gol penyamaa ketika menentang Wales di stadium Bollaert-Delelis, Lens kelmarin. – AFP
Vardy (dua kiri) menjaringkan gol penyamaa ketika menentang Wales di stadium Bollaert-Delelis, Lens kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Dalam pertemuan terbabit, penyerang Liverpool Daniel Sturridge muncul penyelamat England apabila jaringan masa tambahannya membantu The Three Lions kini memimpin Kumpulan B dengan empat mata.

Vardy kini berharap dia akan bermula apabila England berdepan Slovakia dalam pertemuan terakhir Kumpulan B Euro 2016 pada Isnin ini.

“Mudah-mudahan kami akan meraih satu lagi kemenangan. Saya akan berusaha keras dalam latihan, jadi kita tunggu (jika saya dibawa masuk) untuk perlawanan seterusnya.”

ARTIKEL YANG SAMA