Vardy janji kekal bersama Leicester

Vardy janji kekal bersama Leicester

LONDON, 10 Mei (AFP) – Jamie Vardy membawa khabar gembira buat Leicester City apabila menegaskan dia akan kekal bersama juara Liga Perdana Inggeris itu musim depan.

Vardy menjadi watak penting buat The Foxes dalam perjalanan kelab itu menjuarai liga apabila dia meledak 24 gol dan disebabkan itu namanya dikaitkan bakal meninggalkan Stadium King Power kerana menjadi rebutan beberapa kelab gergasi England dan Eropah.

Bagaimanapun, dengan Leicester akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara dan mempertahankan gelaran juara liga, pemain berusia 29 tahun itu tidak akan melayan sebarang tawaran lumayan untuk mendapatkan khidmatnya.

“Kami baru saja memenangi liga dan akan beraksi dalam Liga Juara-Juara tahun depan. Saya gembira berada di sini,” kata Vardy.

Vardy memegang trofi juara Liga Perdana semasa Leicester City meraikan kejayaan mereka di stadium King Power, 7 Mei lalu. – AP
Vardy memegang trofi juara Liga Perdana semasa Leicester City meraikan kejayaan mereka di stadium King Power, 7 Mei lalu. – AP

Peningkatan mendadak Vardy dalam saingan musim ini menyaksikan dia dipilih merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Penulis Bola Sepak England (FWA) baru-baru ini tetapi dia sedar kejayaan Leicester bukan hanya disebabkan sentuhan berbisanya.

Beliau berkata, titik perubahan dalam kisah dongeng Leicester bermula apabila Claudio Ranieri memberikan mereka cuti selama seminggu selepas tewas kepada Tottenham Hotspurs dalam saingan Piala FA, Februari lalu.

The Foxes kembali dengan tahap kecergasan terbaik dan selepas itu berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Manchester City yang menguatkan lagi kepercayaan mereka untuk menjuarai liga.

ARTIKEL YANG SAMA