Vardy terpaksa rehat 2 minggu

Vardy terpaksa rehat 2 minggu

LONDON, 4 Jan (AFP)– Penjaring terbanyak Leicester City, Jamie Vardy bakal menjalani pembedahan kecil pangkal paha yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi lebih dua minggu, lapor BBC.

Keadaan itu menyaksikan Vardy bakal terlepas dua perlawanan tempat lawan berdepan Tottenham Hotspur iaitu satu di pusingan ketiga Piala FA dan satu di Liga Perdana Inggeris.

Malah, dia juga berkemungkinan akan terlepas kunjungan pasukannya ke Aston Villa pada 16 Januari.

Jamie Vardy ketika dijatuhkan ketika perlawanan menentang Bournemouth baru-baru ini. – Reuters
Jamie Vardy ketika dijatuhkan ketika perlawanan menentang Bournemouth baru-baru ini. – Reuters

Penyerang England itu menjaringkan 15 gol dalam Liga Perdana musim ini untuk membantu Leicester berada di tempat kedua dalam carta.

Dia bermain ketika pasukan itu mencatat keputusan seri 0-0 dengan Bournemouth pada Sabtu lalu yang menyaksikan skuad Foxes tercicir dua mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

ARTIKEL YANG SAMA