Vatican sedia buka arkib ‘Perang Kotor’ Argentina

Vatican sedia buka arkib ‘Perang Kotor’ Argentina

VATICAN CITY, 24 Mac (AFP) – Vatican semalam berkata ia bakal membuka arkib tentang ‘Perang Kotor’ Argentina, yang boleh mendedahkan bukti baru tentang nasib mangsa-mangsa yang hilang.

Mengkatalogkan rekod ‘mungkin selesai dalam tempoh beberapa bulan akan datang’, selepas masa dan keadaan rundingannya dikaji’, menurut jurucakap Vatican, Federico Lombardi.

Pengumuman dibuat sebelum ulang tahun ke 40 rampasan kuasa pada 24 Mac 1976 yang membentuk kepimpinan diktator tentera yang berkuasa sehingga 1983 dan membunuh kira-kira 30,000 orang.

Arkib itu mengandungi laporan para duta Vatican ke Buenos Aires tentang pendirian yang diambil oleh biskop-biskop Argentina dalam ‘Perang Kotor’ dan juga dokumen politik dan undang-undang dan juga rujukan kepada mereka yang telah hilang.

Uskup-uskup negara berbelah bahagi, dengan ramai menyokong ketenteraan dari parti pembangkang sosialis.

Para penyokong Pope Francis, dulunya, Kardinal Jorge Bergoglio, menegaskan dia adalah antara golongan paderi Katolik yang secara diam-diam menentang rejim kejam, yang telah menyeksa dan membunuh ramai paderi, biarawati dan yang lain.

Para pengkritik menegaskan Bergolio gagal bersuara tentang biskop-biskop dan para pegawai tertinggi gereja yang tidak mengendahkan penganiayaan atau secara terbuka memihak kepimpinan diktator tentera. Dua orang paderi dan seorang yang tidak profesional yang dibunuh ketika rejim itu pada tahun 1976 dipertimbangkan bagi kedudukan orang keramat di bawah satu proses yang dilancarkan oleh Bergoglio apabila dia adalah ketua paderi Buenos Aires.

Tetapi paderi-paderi lain telah dibabitkan dalam jenayah rejim itu, termasuklah bekas paderi polis Buenos Aires Christian Von Wernch,telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2007 kerana enam pembunuhan, 31 kes penyeksaan dan 42 penculikan.

ARTIKEL YANG SAMA