Venezuela, Colombia buka semula sempadan

Venezuela, Colombia buka semula sempadan

SAN ANTONIO DEL TACHIRA, Venezuela, 14 Ogos – Venezuela dan Colombia secara beransur-ansur akan membuka semula beberapa sempadan penyeberangan ‘sementara’ bagi pejalan kaki buat pertama kalinya dalam masa hampir setahun, menandakan titik peralihan selepas permusuhan berpanjangan. Lebih 54,000 orang memasuki Colombia pada Sabtu, 81 peratus daripada mereka pulang ke tempat asal mereka, kata pihak berkuasa imigresen di Bogota.Sejumlah enam penyeberangan sempadan telah dibuka di negeri Venezuela iaitu Tachira, Apure, Zulia dan Amazonas.

Semasa tiga sempadan sementara dibuka bulan lalu, kira-kira 150,000 warga Venezuela – menderita akibat krisis ekonomi teruk negara mereka – memasuki ke Colombia untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan barangan asas lain. – AFP