Venezuela, Guyana pulih hubungan

Venezuela, Guyana pulih hubungan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, Amerika Syarikat, 28 Sept (AFP) – Venezuela dan Guyana telah bersetuju untuk mengembalikan jawatan masing-masing kepada duta mereka, memulihkan hubungan selepas perbalahan wilayah selama beberapa bulan.

Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengakui mesyuaratnya dengan rakan sejawatan Guyana David Granger di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah “tegang dan sukar,” kata satu kenyataan daripada Kementerian Luar Negeri.

Maduro berkata satu jawatankuasa teknikal akan mengatasi perbalahan wilayah di antara kedua-dua negara. Venezuela telah menuntut rantau Essequibo di Guyana, yang merangkumi dua pertiga daripada bekas tanah jajahan Britain, sejak Exxon Mobil menemui minyak di perairan yang dipertikaikan di luar pantainya pada awal tahun ini.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, yang menghadiri mesyuarat itu, berkata kedua-dua presiden “menyatakan kerelaan untuk terus berunding dalam dialog,” akan menerima duta masing-masing di kedua-dua ibu negara “pada masa terdekat.”

Ban “memuji kerelaan Presiden Granger dan Maduro untuk mendukung tradisi dialog negara sementara satu jalan penyelesaian untuk kontroversi telah dirangka yang akan mendatangkan faedah kepada kedua-dua negara dan rakyatnya,” tambah pejabatnya dalam kenyataan.