Venezuela kekurangan sumber tepung

Venezuela kekurangan sumber tepung

CARACAS, 28 Feb (AFP) – Di kedai roti popular di timur Caracas, pelanggan boleh membeli minyak zaitun Sepanyol, sos tomato Itali malah coklat Amerika. Tetapi roti? Lupakan sahaja.

Tanda kadbod di pintu mengingatkan “Tidak ada roti” terdapat dengan banyak di kedai roti Venezuela.

Venezuela mendapat 96 peratus daripada mata wang asingnya daripada eksport minyak, dan memandangkan harga minyak mentah telah merosot, begitu juga dengan import negara, di antaranya gandum.

Kerajaan Presiden Nicolas Maduro telah mengawal ketat kemasukan mata wang, dan ia telah menjejas import pelbagai produk daripada ubat kepada kertas tandas. Sekarang ia menjejas teruk import gandum, yang tidak ditanam oleh Venezuela.

Menambah kepada masalah adalah kadar inflasi yang meningkat, 181 peratus pada 2015, yang tertinggi di dunia, dan anda melihat kenapa pelanggan kebanyakannya berminat untuk membeli barangan makanan asas seperti roti.

Salah sebuah kedai di Venezuela mengatakan “tiada roti” pada hari tersebut. – AFP
Salah sebuah kedai di Venezuela mengatakan “tiada roti” pada hari tersebut. – AFP

Beberapa kedai roti yang masih mampu membeli 50-kilogram guni tepung untuk membuat roti mengehadkan jualan mereka kepada dua “canillas” roti baguette nipis setiap orang tiga kali sehari.

Pelanggan berbaris untuk membeli roti pada pagi, tengah hari dan petang.

“Ketuhar kami sudah tutup,” beritahu pembuat roti Freddy Vilet kepada AFP.

Kedainya mempunyai biskut tawar, sosej dan ham untuk dijual, tetapi tidak ada roti. Beliau tidak mempunyai hamburger atau roti hotdog.

Rosa Perez, yang mengurus sebuah kedai roti di daerah kecil Chacao, berkata kedainya sedang beroperasi pada kapasiti kira-kira 30 peratus.

“Dengan tepung yang amat sedikit, kami menghasilkan cachitos (roti dengan ham dan keju) dan pizza. Kami menjualnya pada harga lebih tinggi dan ia membantu menebus kerugian kami,” katanya.

Venezuela kelihatan telah mencapai tahap kritikal dalam kekurangan tepungnya.

“Kami amat bimbang mengenai kilang gandum yang dilumpuhkan, “ketua Persekutuan Pekerja-pekerja Tepung.