Venezuela tewaskan Jamaica 2-0

Venezuela tewaskan Jamaica 2-0

CHICAGO, 6 Jun – Josef Martinez muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan ketika Venezuela menewaskan pasukan yang beraksi dengan 10 pemain, Jamaica 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C Copa America, awal pagi tadi. Jaringan Martinez berpunca daripada kecuaian pihak lawan dalam mengeluarkan bola apabila berjaya dihidu pertahanan Venezuela, Rolf Feltscher yang pantas menolak bola untuk disudahkan Martinez pada minit ke-15. Lapan minit kemudian, tindakan kurang bijak pemain tengah Jamaica, Rodolph Austin menyaksikan dia dilayangkan kad merah susulan terjahan keras ke atas Tomas Rincon.

Michael Hector hampir menyamakan kedudukan untuk Jamaica menerusi percubaan kaki kanannya yang menemui palang gol pada minit ke-49.

Penjaga gol Jamaica, Andre Blake melayangkan badan pada minit ke-70 untuk memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat. – AP

Perebutan bola di antara kedua-dua buah pasukan. – AFP
Perebutan bola di antara kedua-dua buah pasukan. – AFP

pg22_160607_a