Venezuela tingkat kuasa keselamatan

Venezuela tingkat kuasa keselamatan

CARACAS, 17 Mei (AFP) – Tentera Venezuela akan dibantu oleh orang awam yang dikumpulkan dalam unit-unit bantuan keselamatan, untuk menangani kekurangan makanan dan kekacauan awam di bawah perintah kecemasan yang dikeluarkan semalam.

Perintah itu, yang disiarkan dalam warta kerajaan, menguatkuasakan sekurang-kurangnya 60 hari kuasa luas Presiden Nicolas Maduro yang telah diumumkan Jumaat lalu.

Langkah itu memberikan kerajaannya dan pasukan keselamatan kuasa luas untuk tidak mengendahkan kawalan berperlembagaan dalam usaha mengekalkan ketenteraman dan membekalkan makanan asas dan perkhidmatan, dan untuk menangani kekurangan tenaga.

Tetapi pihak pembangkang, yang mengawal Dewan Kebangsaan dan berusaha menyingkirkan Maduro menerusi referendum, akan menguji langkah kawalan awam perintah itu hari ini dengan perbarisan di seluruh negara.

Polis dan tentera menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan bantahan-bantahan serupa minggu lalu.

Perkembangan itu mengancam akan memburukkan lagi krisis di negara Amerika Selatan yang kaya dengan hasil minyak itu yang ekonominya yang bergantung pada minyak dalam keadaan goyah.

Inflasi melampau, kemelesetan tiga tahun, mengecutkan hasil minyak, pencatuan elektrik dan kini konfrontasi meningkat politik di negara yang telah mencemaskan seluruh rantau Amerika itu.

“Keadaan bagi penduduk Venezuela adalah teruk,” kata Jurucakap Rumah Putih di Washington, Jose Earnerst.

Dia menyifatkan laporan baru-baru ini tentang kekacauan sebagai ‘menakjubkan’.

“Kini adalah masa bagi para pemimpin untuk mendengarkan berlainan suara rakyat Venezuela dan bekerjasama dengan aman untuk benar-benar mencari penyelesaian.”

AS mengambil sikap berhati-hati dalam mengeluarkan kata-katanya, dengan menyedari Maduro mempertahankannya sebagai ejen utama meningkatkan kekacauan yang dihadapinya.

Tetapi dua pegawai perisikan kanan AS minggu lalu memberi amaran bahawa kemungkinan pemberontakan awam adalah meningkat.

Maduro telah mengarahkan latihan ketenteraan pada hari Sabtu untuk mempersiapkan sediakan bagi apa yang digelarnya ancaman kepada campur tangan bersenjata yang disokong oleh AS atas perintah ‘hak orang Fasis Venezuela.”