Vento lebih moden, sportif

Vento lebih moden, sportif

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Pengedar Volkswagen Brunei, Maju Motors Sdn Bhd hari ini melancarkan model terbaru, Vento yang lebih moden dan sportif reka bentuknya dalam majlis pelancaran di bilik pamerannya di Telanai.

Hadir melancarkan kereta diperbaharui itu ialah Pengurus Besar Volkswagen Brunei, Bernd Siffling yang turut melahirkan rasa bangga atas pelancaran barisan terbaru model Volkswagen itu di negara ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menjelaskan bahawa model-model Volkswagen yang ada di sini tidak terjejas dengan skandal pemalsuan data emisi mesin diesel yang tersebar di seluruh dunia baru-baru ini.

Dari segi spesifikasi, Vento baru tidak banyak beza dengan model lama, namun apa yang paling ketara ialah rekaan dalamannya yang lebih menawan, dengan stereng pelbagai fungsi dibaluti kulit dan berbentuk ‘flat-bottom.’

Selain itu, ciri-cirinya lain juga dipertingkatkan seperti lampu kabus depan yang lebih lebar, kawalan jarak letak kereta, konsol pelbagai fungsi dan tempat rehat tangan untuk keselesaan pemandu dan penumpang. Ia juga memiliki teknologi multimedia moden seperti slot USB, slot kad dan sistem hiburan serba canggih.

Maju Motors Sdn Bhd melancarkan model terbaru Volkswagen Vento.
Maju Motors Sdn Bhd melancarkan model terbaru Volkswagen Vento.
Bernd Siffling ketika menerangkan model Volkswagen yang berada di Negara Brunei Darussalam tidak terjejas dengan masalah emisi dari berita yang tersebar luas.
Bernd Siffling ketika menerangkan model Volkswagen yang berada di Negara Brunei Darussalam tidak terjejas dengan masalah emisi dari berita yang tersebar luas.
Salah seorang jemputan melihat lebih dekat enjin Volkswagen Vento yang dimuatkan dengan enjin 1.6 MPI.
Salah seorang jemputan melihat lebih dekat enjin Volkswagen Vento yang dimuatkan dengan enjin 1.6 MPI.

Vento baru ini juga dilengkapi dengan rim tosa 15 inci yang membuatkannya tampak lebih gagah ala kereta sukan berjenama premium, ditambah lagi dengan enjin 1.6 MPI, menghamburkan kuasa 153NM tork dengan transmisi enam kelajuan automatik serta kawalan Tiptronik yang kebanyakan terdapat dalam kereta-kereta mewah. Spesifikasi enjin ini membolehkan ia mampu memecut dengan lancar dalam apa jua keadaan pemanduan.

Volkswagen juga menitikberatkan ciri-ciri keselamatan yang terbaik untuk kenderaan ini, merangkumi empat beg udara, sistem ABS dan Break Assist (BA) serta ISOFIX yang membolehkan pemandu menyimpan kerusi khas untuk kanak-kanak di tempat duduk belakang.

Untuk melihat dan menguji sendiri kehebatan Vento baru ini, orang ramai bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Maju Motors Sdn Bhd di Jalan Telanai.

ARTIKEL YANG SAMA