Ventura langkah kiri

Ventura langkah kiri

MILAN, 2 Sept – Jurulatih Itali Giampeiro Ventura menyerahkan kemunculan pertama kepada penjaga gol muda AC Milan, Gianluigi Donnaruma tetapi memulakan persaingannya dengan kekalahan 3-1 kepada Perancis di Bari semalam.

Ventura menggantikan Antonio Conte bulan lalu dan berikrar untuk meneruskan kerja baik pengurus Chelsea sekarang berikutan kemaraan Azzurri ke suku akhir Euro 2016.

Tetapi jaringan penyerang Manchester United, Anthony Martial, yang pertamanya bagi negaranya, Olivier Giroud dari Arsenal pada setiap separuh masa dan rembatan Graziano Pelle pada minit ke-21 membolehkan Perancis mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

Selepas Donnarumma menggantikan legenda Juventus, Gianluigi Buffon bagi separuh masa kedua, pemain muda berusia 17 tahun itu mempamerkan usaha menarik sebelum melakukan kesilapan pertamanya bagi pasukan kebangsaan.

Sepuluh minit sebelum wisel penamat, Donnarumma yang keluar dari garisan di hujung tiang yang menjangka hantaran lintang Layvin Kurzawa di gawang Itali, menyaksikan pertahanan Paris Saint-Germain itu berpusing bagi menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.

Ventura (kanan) menyapa rakan sejawatnya Deschamps (kiri) sebelum aksi persahabatan Itali dan Perancis bermula di stadium San Nicola di Bari, kelmarin. – AFP
Ventura (kanan) menyapa rakan sejawatnya Deschamps (kiri) sebelum aksi persahabatan Itali dan Perancis bermula di stadium San Nicola di Bari, kelmarin. – AFP

Ventura mengakui dia ‘berpuas hati’ dengan persembahan pasukannya dengan menyatakan dia baru “bersama tiga hari bertugas bersama skuad itu”. Dia juga memberikan Donnarumma bayangan dia boleh melakukan dengan baik menggantikan Buffon dalam masa terdekat.

Ini adalah perlawanan pertama Perancis sejak Les Blues tewas dalam persaingan akhir Euro 2016 di tempat sendiri menentang Portugal. Dan jurulatih Didier Deschamps berkata: “Saya merasa gembira, kami selalu melakukan dengan baik tetapi tidak terlalu teruk apabila anda menyudahkan tiga gol mengatasi pasukan Itali.”

Itali, yang disingkirkan pada suku akhir Euro 2016, memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 mereka pada Isnin menentang Israel di Haifa.

Mereka dilihat selesa pada peringkat awal tetapi gabungan pertahanan yang mengelirukan antara pemain Juventus, Andrea Barzagli dan Giorgio Chiellini membolehkan Martial untuk menjaringkan gol dan menewaskan Buffon. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA