Ventura yakin boleh tumbangkan lawan

Ventura yakin boleh tumbangkan lawan

HAIFA, 4 Sept – Jurulatih baharu Itali, Giampiero Ventura berkata, dia tidak bimbang dengan kekalahan Khamis lalu kepada Perancis menjelang kelayakan Piala Dunia pasukan itu berdepan Israel Selasa ini.

Juara Piala Dunia 2006 itu tewas 3-1 di Bari namun Ventura, yang mengambil alih kerusi panas skuad the Azzurri daripada bos baharu Chelsea, Antonio Conte, tidak menjangkakan ujian sukar di Haifa.

“Dengan penuh rasa hormat, Israel bukanlah Perancis. Kami akan membuat analisis perlawanan itu, kami akan lihat sebahagian kesilapan yang kami boleh elakkan dan saya yakin kami akan menunjukkan persembahan lebih baik,” kata Ventura, 68.

Begitupun ada kebimbangan dalam kem Itali dengan penyerang Graziano Pelle, yang menjaringkan gol ketika berdepan Perancis menegaskan: “Tiada alasan lagi, kami mesti menewaskan Israel.”

Giampiero Ventura (kanan) bersama pengendali Perancis Didier Deschamps pada perlawanan persahabatan tempoh hari. - AFP
Giampiero Ventura (kanan) bersama pengendali Perancis Didier Deschamps pada perlawanan persahabatan tempoh hari. – AFP

Itali dijangka akan berdepan saingan Sepanyol untuk kedudukan teratas Kumpulan G yang juga satu-satunya tempat untuk kelayakan automatic.

Juara dunia 2010 itu pula akan memulakan kempen berdepan pasukan kerdil Liechtenstein manakala Albania dan Macedonia melengkapkan kumpulan itu.

Juara setiap kumpulan akan layak ke Piala Dunia 2018 di Russia, manakala lapan pasukan terbaik tempat kedua mara ke play-off. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA