Venus awal gulung tikar

Venus awal gulung tikar

ISTANBUL, 23 Julai – Impian pilihan utama kejohanan, Venus Williams untuk menjuarai Piala WTA Istanbul tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil Ukraine, Kateryna Bondarenko dengan keputusan 6-4, 7-6 (7/4) seawal pusingan pertama, kelmarin.

Williams yang menghuni ranking ke-14 dunia bukanlah lawan asing buat Bondarenko, 28, untuk melakukan kejutan, malah pernah menewaskan pemain dari Amerika tersebut di Toronto pada 2009.

Bondarenko yang bersara pada penghujung 2012 sebelum kembali dua tahun kemudian dilihat terpaksa bergelut menentang Williams yang tidak memberikan laluan mudah kepada lawannya itu.

Bagaimanapun, Bondarenko yang pernah menduduki ranking ke-29 dunia pada 2009 mula bangkit untuk mendapatkan kemenangan 11 daripada 15 mata akhir perlawanan.

“Saya telah memberikan yang terbaik pada aksi hari ini (kelmarin). Perlawanan pertama anda kadangkala tidak begitu sempurna. Dia bermain dengan begitu baik sekali pada aksi kelayakan dan berjaya melakukan pukulan hebat dalam perlawanan panjang sebegini.

Venus Williams tewas kepada Kateryna Bondarenko pada pusingan pertama Piala WTA Istanbul, kelmarin. – Reuters
Venus Williams tewas kepada Kateryna Bondarenko pada pusingan pertama Piala WTA Istanbul, kelmarin. – Reuters

“Saya sangat sedih dengan kekalahan ini. Saya hadir ke sini untuk bermain bagi mendapatkan kemenangan tetapi tidak berjaya melakukannya.

“Bagi saya sebagai manusia biasa memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan saya cuba untuk mententeramkan diri ini agar berupaya fokus pada masa akan datang,” kata Venus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA