Venus kembali beraksi

Venus kembali beraksi

LOS ANGELES, 2 Mac (AFP) – Venus Williams (gambar) akan menamatkan 15 tahun boikotnya terhadap Terbuka BNP Paribas di Indian Wells minggu depan, berikutan mengikuti jejak langkah kakaknya Serena yang kembali ke pertandingan itu tahun lepas.

Bekas pemain nombor satu berusia 35 tahun itu tidak beraksi dalam pertandingan berprestij California itu sejak 2001, apabila dia dan Serena diejek oleh sebahagian penonton.

Ayahnya, Richard Williams telah lama mendakwa keluarga itu dijadikan sasaran bagi perkauman selepas Venus menarik diri daripada pertandingan separuh akhir menentang Serena kerana kecederaan lutut.

Menjelaskan mengenai keputusannya untuk kembali ke pertandingan itu dalam ulasan ke atas laman sesawang The Players Tribune, Williams berkata kritikan yang ditujukan kepada keluarganya meninggalkan kesan yang berkekalan ke atasnya.

“Saya masih ingat kesakitan kecederaan lutut saya, dan betapa teruknya saya mahu beraksi dalam separuh akhir menentang Serena sebelum akhirnya menerima bahawa saya tidak dapat meneruskannya,” tulis Venus.

Williams of the U.S. celebrates after defeating Bencic of Switzerland in their third round match at the U.S. Open Championships tennis tournament in New York

“Saya masih ingat dakwaan terhadap saya dan kakak saya dan ayah kami. Saya masih ingat reaksi penonton, ketika saya berjalan menuju ke tempat duduk saya, ketika pertandingan akhir Serena.Saya masih ingat bagaimana saya tidak dapat memahami mengapa beribu orang akan bertindak seperti ini kepada pemain berusia 19 tahun dan 20 tahun, yang mencuba permainan terbaik mereka.

“Terdapat beberapa perkara yang pasti, di mana jika anda melaluinya pada satu peringkat usia, anda tidak akan melupakannya.”

Venus berkata dia mahu kembali selepas menyaksikan sambutan hangat yang diterima kakaknya pada tahun lepas, apabila dia diberikan sorakan selama 57 saat sebelum memulakan pertandingannya di Stadium Court.

“Ia adalah masa itu, menyaksikan Serena diterima dengan tangan terbuka pada tahun lepas di Indian Wells, di mana saya memikirkan sepenuhnya dan menyedari bagaimana rasanya menjadi kakak sulung,” tulis Venus.

ARTIKEL YANG SAMA