Venus mara pusingan ketiga Piala Rogers

Venus mara pusingan ketiga Piala Rogers

MONTREAL, 28 Julai – Venus Williams mara ke pusingan ketiga Piala Rogers di Montreal semalam dengan kemenangan menerusi straight set ke atas Barbora Strycova ketika pemain harapan tuan rumah, Eugenie Bouchard mengecewakan piliha ke-11, Dominika Cibulkova.

Pilihan keenam, Williams, 36, tidak menunjukkan sebarang tanda kebimbangan berikutan kekalahannya dalam persaingan akhir WTA Stanford di California pada hujung minggu lalu, yang mengekalkan rekod 100 peratusnya ke atas Strycova dengan kemenangan 6-3, 6-0. Williams gembira melengkapkan kemenangan dalam masa catatan di bawah satu jam selepas persaingan selama tiga jam menentang Strycova dalam pertemuan mereka sebelumnya.

“Ia adalah lebih terus saya rasa berbanding semua persaingan kami,’ kata Williams.

‘Saya tidak menghiraukannya, terutamanya selepas banyak beraksi minggu lalu, hanya mampu untuk keluar dan berharap mara ke pusingan seterusnya.

Aksi Venus ketika menentang Barbora pada hari tiga Piala Rogers di Stadium Uniprix di Montreal, semalam. – AFP
Aksi Venus ketika menentang Barbora pada hari tiga Piala Rogers di Stadium Uniprix di Montreal, semalam. – AFP

‘Ia adalah sengit. Biasanya saya tidak beraksi banyak secara berturut –turut. Tetapi saya tahu apa yang saya lakukan pada tahun ini, apa yang akan dihadapi.”

Strycova menerima padah kerana kegagalan untuk meletakkan tekanan ke atas servis Williams pada set kedua.

Strycova mampu mencatatkan satu break point- tidak dapat disudahkan tetapi sebaliknya ditewaskan tiga kali ketika Williams mara ke pusingan seterusnya. Dalam persaingan lain pada Selasa lalu, Bouchard dari Kanada menggembirakan penyokong dilaman sendiri dengan kemenangan 6-2, 6-0 ke atas Cibulkova.

Kejayaan tersebut adalah manis bagi bekas pemain nombor lima dunia, yang tewas kepada Cibulkova di Wimbledon awal bulan ini. ‘Ia terutamanya beraksi di Montreal,” kata Bouchard selepas itu ketika temubual di atas gelanggang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA