Venus mudah lepasi halangan

Venus mudah lepasi halangan

LOS ANGELES, 7 April (AFP) – Juara tujuh kali Grand Slam, Venus Williams mara ke pusingan ketiga kejohanan di gelanggang tanah liat WTA di Charleston dengan kejayaan 6-4, 6-2 kepada Alison Riske, semalam.

Venus yang diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga perlawanan sedang dalam pemburuan kejayaan ke-50 WTA pada hujung minggu ini.

Dia mempamerkan permainan yang tepat dan melakukan break sebanyak lima kali kepada Riske dalam perlawanan berlangsung selama sejam setengah.

“Ia bukanlah mudah,” kata Venus yang memenangi gelaran di Charleston pada 2004. Gaya agresif pemain veteran Amerika Syarikat itu di jaring berhasil dan dia memikirkan ketinggiannya mungkin membantunya mara.

“Mungkin ia adalah kelebihan yang tidak adil,” kata Venus yang tersingkir dalam perlawanan pembukaan di Indian Wells dan Miami bulan lalu.

Venus mara ke pusingan ketiga WTA Charleston selepas menang mudah ke atas Alison Riske, kelmarin. – AFP
Venus mara ke pusingan ketiga WTA Charleston selepas menang mudah ke atas Alison Riske, kelmarin. – AFP

“Saya rasa pengalaman banyak membantu. Dia bermain dalam perlawanan yang bagus dan memenangi gelaran, jadi pengalaman memainkan peranan penting dalam membantu saya hari ini.”

Venus akan bertemu pemain Kazakhstan, Yulia Putintseva untuk mendapatkan tiket ke suku akhir.

Sementara itu pemain nombor 10 dunia Belinda Bencic kelihatan bergelut dengan masalah belakang yang sama yang memaksa dia keluar daripada perlawanan pembukaan di Miami. Vesnina mengambil kesempatan penuh untuk mara dalam masa 56 minit.

Beliau seterusnya akan menghadapi Lourdes Dominguez yang mara ke pusingan ketiga apabila pemain Kanada, Eugenie Bouchard bersara akibat kecederaan abdomen. Dominguez Sepanyol mendahului 6-4, 1-6, 1-0 apabila Bouchard memutuskan dia tidak boleh meneruskan permainan.

“Ia masalah yang sama (dari tahun lepas). Itulah sebabnya saya bimbang dan mengapa saya bersara,” kata Bouchard, yang bermain di Wimbledon tahun lalu koyak otot perut dan berkata beliau tidak mahu mengulangi kesilapan yang membuat kecederaannya lebih teruk.