Verona ‘hadiah’ kekalahan buat Juventus

Verona ‘hadiah’ kekalahan buat Juventus

ROME, 9 Mei (Agensi) – Penampilan terakhir Luca Toni sebelum bersara diakhiri dengan penuh bergaya apabila dia menjaringkan satu gol bagi membantu pasukan yang tersingkir daripada saingan Serie A, Hellas Verona menewaskan Juventus 2-1, malam tadi.

Kekalahan itu adalah yang pertama buat juara Serie A berkenaan sejak Oktober lalu.

Bekas penyerang Itali, Toni mengumumkan persaraannya minggu lalu dengan pertemuan menentang Juventus adalah aksi terakhirnya dan dia membuat penampilan terakhir dengan gol menerusi penalti pada minit ke-43 selepas Alex Sandro melakukan kekasaran yang turut menyaksikan dia dibuang padang pada lewat babak perlawanan.

“Ucapan selamat tinggal ini adalah yang paling menakjubkan dan detik paling sedih dalam hidup saya kerana menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak bukan sesuatu yang mudah.

“Ia malam yang magis dan saya ingat sampai bila-bila. Ini adalah yang terakhir daripada saya dan tetapi detik ini akan sentiasa dikenang,” kata Toni.

Federico Viviani menjaringkan gol kedua buat Verona manakala Paulo Dybala menyempurnakan penalti untuk Juventus dengan pasukan yang bakal bersaing dalam Serie A itu menamatkan rekod kemenangan Juventus dalam 26 perlawanan musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA