Verratti, Matuidi senarai XI PSG ke London

Verratti, Matuidi senarai XI PSG ke London

PARIS, 8 Mac (AFP) – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc menyenaraikan pemain tengah Marco Verratti dan Blaise Matuido ke London untuk berdepan Chelsea dalam pertembungan kedua kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Verratti dan Matuidi, masing-masing sedang bergelut mencari kecergasan selepas mengalami kecederaan pangkal paha dan paha.

Verratti sebelum ini memuat naik gambarnya di Instagram dengan memakai jersi hitam PSG untuk kejohanan utama Eropah itu, namun masih belum pasti sama ada kedua-duanya dapat beraksi.

Selepas terikat tanpa jaringan dengan Montpellier dalam saingan Ligue 1 Sabtu lalu, Blanc enggan membuka mulut sama ada kedua-duanya akan diturunkan atau tidak.

“Blaise sangat bagus, dia mempunyai keinginan dan kebolehan mengatasi kesakitan yang mana ia sangat penting. Kamu boleh memikirkan keinginannya (untuk bermain dalam perlawanan ini),” kata Blanc.

Mengulas mengenai Verratti, jurulatih PSG itu berkata: “Berapa lama masa yang akan diambil, seminggu, 10 hari? Dia merasai semula kesakitan dan kami harap dapat memulihkannya secepat mungkin.”

PSG bertandang ke London dengan berbekalkan kemenangan 2-1, hasil keputusan aksi pertama di Paris bulan lalu dan perlu berterima kasih kepada jaringan lewat Edinson Cavani.

ARTIKEL YANG SAMA