Versi beta Windows 10 kini boleh diguna

Versi beta Windows 10 kini boleh diguna

BERLIN, 1 Julai (dpa) – Pengguna Windows 7 dan 8 boleh menaik taraf sistem operasi ke Windows 10 secara percuma bermula penghujung bulan Julai.

Tetapi tidak kepada pengguna yang menggunakan sistem operasi Microsoft Vista atau sistem XP. Pengguna perlu membeli lesen baru Windows 10 melainkan mereka mahukan versi beta sistem tersebut untuk masa depan yang dijangkakan dan menjadi orang dalam.

Versi percubaan adalah percuma dan akan kekal begitu selepas versi terakhir boleh didapati pada 29 Julai. Tetapi pengguna akan perlu menerima bahawa beberapa pepijat dan gangguan akan berada dalam sistem, dengan makluman kerap dihantar ke Microsoft apabila ia timbul.

Kerana ia tidak akan menjadi versi terakhir, pilihan beta yang berjaya akan kurang stabil dari produk terakhir.

pg19_150702_b

Tetapi ada cara untuk mengelakkan risiko teruk.

Sebagai contoh, apabila mendaftar, akan mengikuti Ring perlahan.

Ia berbeza dari Ring laju, di mana pengguna menerima perubahan lebih cepat, yang bermaksud mereka menerima bahan terbaru dahulu, tetapi juga perlu menghadapi pepijat. Manakala orang yang menggunakan sistem beta akan menerima sesuatu yang telah diselesaikan oleh penerima awal, bermakna bahan-bahan yang mereka terima akan berfungsi dengan baik bilamana mereka menerima penaikan taraf.

Majalah Komputer Jerman berkata pilihan terbaik masa kini adalah membeli Windows 7 sekarang dan menerima kenaikan taraf sistem Windows 10 kemudian. Windows 7 sering kali boleh didapati pada harga yang rendah kini.

ARTIKEL YANG SAMA