Versi mini direktori TelBru dilancar

Versi mini direktori TelBru dilancar

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Berikutan dengan pengagihan buku direktori telefon baru 2015 minggu lalu, Telekom Brunei Berhad (TelBru) dan Tele Directories (B) Sdn Bhd, hari ini, telah melancarkan versi mini buku tersebut yang berlangsung di kawasan letak kereta bangunan TelBru, Sumbiling, di sini, pagi ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan versi mini ini bolehlah mengambilnya di cawangan-cawangan TelBru, stesen-stesen petrol terpilih, Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Pos, selagi stok masih ada.

Menurut TelBru, buku telefon mini ini berguna kepada orang ramai yang sering bergerak memandangkan saiznya yang mudah disimpan di beg dokumen atau beg perjalanan atau di bahagian simpanan kereta.

Isi kandungan versi mini buku ini sama seperti Direktori Telefon Brunei 2015 yang telah pun diedarkan sejak hujung bulan Jun lalu.

James Lee (kiri) menyerahkan buku direktori 2015 kepada salah seorang pelanggan yang membawakan buku direktori lama (kanan).
James Lee (kiri) menyerahkan buku direktori 2015 kepada salah seorang pelanggan yang membawakan buku direktori lama (kanan).
Stesen petrol terpilih di tiga daerah juga mengedarkannya kepada pelanggan.
Stesen petrol terpilih di tiga daerah juga mengedarkannya kepada pelanggan.

Pengarah Urusan, Tele Directories (B) Sdn Bhd, James Lee berkata sebilangan pengiklan mendapati direktori mini ini sangat berguna kerana ia lebih ringan tetapi memiliki semua maklumat yang diperlukan.

Syarikat Tele Directories (B) Sdn Bhd dengan kerjasama TelBru akan terus memperkenalkan produk dan inisiatif baru untuk menyokong perniagaan tempatan dengan lebih banyak pilihan iklan.

Sementara itu, salinan buku telefon direktori 2015 yang bersaiz standard masih boleh diperoleh di kesemua cawangan TelBru.

Untuk kutipan yang banyak bolehlah memperolehinya di bangunan TelBru di Sumbiling.

ARTIKEL YANG SAMA