Verstappen pertahan taktik ke atas Raikkonen

Verstappen pertahan taktik ke atas Raikkonen

BUDAPEST, 25 Julai – Pelumba sensasi Belanda, Max Verstappen mempertahankan taktik digunakannya bagi menahan asakan daripada Kimi Raikkonen selepas berdepan pertarungan sengit untuk tempat kelima di Grand Prix Hungary, awal pagi tadi.

Pelumba berusia 18 tahun dari Red Bull itu berkata dia hanya sekali membuat gerakan bahaya dan merasakan bahawa ‘segala-galanya adalah adil’ dalam pergelutan yang menyaksikan pelumba Ferrari Raikkonen secara tidak sengaja melanggar sedikit belakang jenteranya.

“Anda mendengar Kimi bercakap dalam radio? Oh, ia adalah bagus,” kata Verstappen sebagai berjenaka mengenai keengganan pelumba Finland itu yang terkenal dengan sikap pendiam.

“Saya berasakan ia sebenarnya bukan satu isu. Ia berlangsung dengan adil. Saya boleh nampak dia cuba mengasak dan dia sangat yakin untuk memotong dari sebelah dalam.

“Jadi saya cuba menutup ruang itu supaya dia perlu menekan brek. Dia menekan brek dengan penuh cengkam dan melanggar belakang tayar saya. Ia kadang-kala pasti berlaku,” katanya mengenai insiden di selekoh kedua yang menyebabkan Raikkonen terpaksa menukar komponen sayap depan jenteranya.

Sementara itu, Raikkonen menganggap tindakan pelumba yang muda 18 tahun daripadanya itu sebagai tidak adil.

“Dia bergerak ke kanan dan kemudian kembali ke kiri, apabila saya cuba menyelinap masuk dari sebelah dalam dan dia menjadi punca saya perlu menukar sayap depan jentera,” kata pelumba Finland itu dalam keadaan berang menerusi radio pasukannya. – AFP