Verstappen sukar percaya juarai GP Sepanyol

Verstappen sukar percaya juarai GP Sepanyol

BARCELONA, 17 Mei (AFP) – Max Verstappen masih sukar mempercayai bahawa dia kini adalah pelumba F1 yang meraih kejuaraan pertama ketika melakukan penampilan sulung bersama skuad Red Bull pada aksi perlumbaan GP Sepanyol di Litar Catalunya kelmarin.

Beliau menjadi pemenang perlumbaan yang paling muda iaitu 18 tahun dan 228 hari, menggantikan juara empat kali Sebastian Vettel yang juga telah mengambil rekod itu sebagai pemandu Red Bull. “Rasanya menakjubkan, saya tidak boleh percaya,” kata Verstappen.

Sebagai rekod, Verstappen merupakan pelumba pasukan junior Toro Rosso sebelum diberi peluang keemasan menyertai skuad senior Red Bull pada awal minggu lalu dan aksi saingan GP Sepanyol menjadi penampilan sulungnya dalam perlumbaan F1.

Meskipun bersaing bersama pelumba-pelumba senior yang lebih berpengalaman dalam perlumbaan F1, pelumba kelahiran Belanda berusia 18 tahun itu masih berupaya mempamerkan prestasi di luar dugaan apabila muncul juara termuda di Litar Catalunya.

525295-01-03

“Bagi seorang pemandu baharu seperti saya, ia adalah suatu pengalaman hebat. Tekanan perlumbaan ini sangat tinggi terutama ketika melakukan lima pusingan pertama.

“Saya sendiri tidak percaya ketika berada di hadapan pelumba-pelumba lain dan akhirnya memenangi perlumbaan yang pertama dalam karier sebagai pelumba F1.

“Saya bernasib baik selepas dua jentera Mercedes terlibat pelanggaran kerana kemalangan itu membuka peluang kepada saya. Selepas kemalangan itu, saya berhenti di pit dan menukar tayar jenis sederhana lembut untuk memudahkan saya mengawal kelajuan.

Sementara itu bapa kepada Verstappen, Jos yang juga merupakan pengurus kerjaya anaknya itu pula juga masih tidak percaya akan kejayaan yang diperoleh anaknya itu.

“Ia sukar dipercayai, saya tidak boleh percaya ini,” jelasnya.

ARTIKEL YANG SAMA