Veteran Atletico Tiago patah tulang kering

Veteran Atletico Tiago patah tulang kering

MADRID, 29 Nov (dpa) – Pemain veteran midfield Atletico Madrid, Tiago mungkin tidak dapat beraksi sepanjang musim selepas mengalami patah tulang kering kanannya semalam. Tiago, 34, mengalami kecederaan serisu dalam persaingan dengan pemain muda Espanyol Marcos Asensio ketika kemenangan 1-0 Atletico.

“Apa yang kita boleh harapkan ialah pemulihan segera beliau. Kami semua sukakan beliau di sini dan kami mahu dia kembali beraksi dengan ladar segera,” kata jurulatih Atletico Diego Simeone.

Doktor-doktor Atletico enggan menganggarkan berapa lama Tiago tidak dapat beraksi.

Kekalahan Espanyol membolehkan Atleticvo mendududuki tempat kedua dalam La liga, empat mata di bawah peneraju Barcelona.

ARTIKEL YANG SAMA