Veto Obama ditolak

Veto Obama ditolak

WASHINGTON, 29 Sept – Kongres AS semalam mengundi sebulat suara untuk menolak veto Barack Obama terhadap rang undang-undang yang membenarkan mangsa-mangsa 11 September untuk menyaman Arab Saudi, teguran pertama yang seumpamanya dalam tempoh lapan tahun sepanjang beliau menjadi presiden.

Senat yang menolak veto dengan undi 97-1, disusuli tidak lama selepas itu oleh Majlis Perwakilan yang menolaknya dengan undi 348-77.

Tindakan luar biasa itu adalah tamparan hebat bagi Obama, yang cuba melobi menentang rang undang-undang itu, yang dikenali sebagai Keadilan Menentang Para Penaja Tindakan Pengganasan (JASTA).

Obama menyifatkan undi hari ini ‘duluan berbahaya’. “Saya faham mengapa ia berlaku,” katanya di CNN. “Jelas, kita semua masih merasakan kesan-kesannya dan trauma terhadap kejadian 11 September.”

Tetapi beliau berkata keputusan itu akan menjejaskan kepentingan kebangsaan AS dengan menjejaskan prinsip kekebalan berdaulat, yang memberikan ruang kepada AS bagi tindakan persendirian ke atas misi ketenteraannya di luar negara.

Sebilangan ahli undangan yang mengundi untuk menentang tidak mengetahui apakah di dalam rang undang-undang, kata beliau dengan menyifatkan keputusan itu ‘pada dasarnya undi politik.”

Setiausaha media Rumah Putih Josh Earnest sebelumnya menyifatkan undi Senat ‘satu-satunya perkara paling memalukan’ yang pernah dilakukan oleh badan perundangan dalam tempoh beberapa dekad. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA