Vettel hentam Pirelli

Vettel hentam Pirelli

BELGIUM, 24 Ogos (Reuters) – Pemandu Ferrari Sebastian Vettel naik angin terhadap Pirelli selepas tayar keretanya meletup pada kelajuan tinggi di Grand Prix Formula Satu (F1) Belgium yang berkemungkinan memberi padah pada dirinya.

“Ia tidak seharusnya berlaku. Memang tidak dapat diterima. Jika berlaku 200 meter lebih awal saya tidak akan berada di sini sekarang,” kata juara dunia empat kali F1 itu kepada BBC.

Vettel menamatkan perlumbaan tempat ke-12.

Pemandu Jerman itu dalam kedudukan ketiga ketika perlumbaan berbaki dua pusingan sebelum tayar kanan kereta meletup sewaktu memecut kelajuan 300 kmsj di Eau Rouge.

“Ia mungkin tidak seburuk dialami di Silverstone beberapa tahun lalu tetapi alasan itu tidak dapat diterima,” katanya.

Isu tayar dialami Vettel pada GP Belgium tidak akan berlaku sekiranya permintaan pembekal tayar terbabit didengar dua tahun lalu menurut syarikat Itali itu dalam satu kenyataan.

Pirelli menyuarakan cadangan menukar pembinaan tayar F1 selepas insiden beberapa pasukan mengalami tayar berkecai di GP Britain pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA