Vettel mohon maaf

Vettel mohon maaf

MONZA, Itali, 2 Sept – Sebastian Vettel memohon maaf kepada rakan sepasukannya Kimi Raikonen atas pelanggaran pada selekoh pertama pada Grand Prix Belgium Ahad lepas.

Bercakap pada sidang media kelmarin menjelang GP Itali hujung minggu ini, juara dunia empat kali itu mengakui bahawa dia tidak membenarkan ruang yang cukup apabila ketiga-tiga pelumba berlanggar.

“Tidak begitu banyak untuk diperkatakan,” ujar Vettel. “Ia jelas apa yang berlaku. Saya rasa Kimi berada pada lorong dalam, namun sebaliknya terdapat tiga buah jentera.

“Ruang yang saya berikan untuk Kimi bukan untuk tiga buah jentera. Max terkeluar daripada persaingan, namun dia anggapnya begitu.

“Saya tidak mampu melihat dengan jelas melalui cermin. Saya berupaya melihat Kimi di sana dan saya berada sedikit di depan. Jika saya perlu melakukannya lagi, sudah tentu, saya berikan lebih banyak ruang dan kami mungkin berjaya.

Vettel memohon maaf kepada rakan sepasukannya kerana menyebabkan pelanggaran pada perlumbaan GP Belgium minggu lepas. – AFP
Vettel memohon maaf kepada rakan sepasukannya kerana menyebabkan pelanggaran pada perlumbaan GP Belgium minggu lepas. – AFP

“Malang sekali kesemua tiga jentera terlibat dan tidak keluar dari selekoh untuk berupaya untuk berlumba bagi podium disebabkan itu.”

Raikkonen berkata: “Jelas sekali, ia begitu malang. Dia berkata maaf dan saya kata ok. Kami terus memandang ke depan. Ia bukan sesuai yang ideal untuk kami tiga untuk terlibat, namun itulah bagaimana ia terjadi kadangkala.”

Raikkonen lebih bimbang dengan sikap dan komen-komen pemandu Red Bull Verstappen.

Dia berkata kata “bayar balik” itu tidak sesuai dan berkata perlumbaan GP “bukan tempat” untuk itu. – AFP