Vettel perlu ‘nasib baik’ untuk menang

Vettel perlu ‘nasib baik’ untuk menang

LONDON, 29 Sept (Reuters) – Sebastian Vettel perlu bernasib baik seperti seorang pemenang loteri untuk mencatatkan keputusan terbaik kejohanan Formula Satu selepas satu lagi persembahan hebat oleh Mercedes pada hujung minggu lepas, menurut bos Ferrari, Maurizio Arrivabene.

Dengan berbaki lima lagi perlumbaan dan maksimum 125 mata untuk dimenangi, pemandu Ferrari warga Jerman itu kini ketinggalan 59 mata dengan penyandang juara, Lewis Hamilton yang mencatatkan kemenangan kelapannya musim ini di Jepun pada Ahad lepas.

“Jika anda menang loteri, anda menjadi jutawan,” Arrivabene memberitahu wartawan ketika ditanya sama ada Vettel masih mempunyai peluang kejuaraan kelima kariernya tahun ini. “Untuk menang loteri anda perlu bernasib baik.

“Jadi jika kita bernasib baik, ya. Tetapi kita perlu benar-benar bernasib baik,” tambahnya.

Vettel, yang memenangi empat kejuaraannya dengan Red Bull, sudah memenangi tiga perlumbaan setakat ini dalam musim pertamanya dengan Ferrari.

ARTIKEL YANG SAMA