Vettel tawan litar kota Singa

Vettel tawan litar kota Singa

SINGAPURA, 20 Sept (Reuters) – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel muncul juara bagi kali ketiga musim ini pada Grand Prix Formula Satu yang berlangsung waktu malam di Singapura, tatkala peneraju kejohanan Lewis Hamilton tersingkir bagi kali pertama sepanjang kempennya.

Vettel memandu dengan tenang dalam perlumbaan yang dipenuhi insiden itu dan menumpaskan pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo yang menduduki tempat kedua serta rakan sepasukannya Kimi Raikkonen yang meraih tempat ketiga.

Hamilton, yang mampu naik ke tempat keempat dari kedudukan kelima tidak mampu bertahan lama, kemudiannya tersingkir pada pusingan ke-32 selepas kereta Mercedes yang dipandunya mengalami masalah enjin lalu terbabas.

Sebastian Vettel (depan) mendahului pelumba lain pada Grand Prix Formula Satu Singapura pada 20 September 2015. – Agensi
Sebastian Vettel (depan) mendahului pelumba lain pada Grand Prix Formula Satu Singapura pada 20 September 2015. – Agensi

Kemenangan itu membolehkan Vettel untuk menghampiri lingkungan 49 mata kedudukan pelumba Britain tersebut dalam kedudukan dengan baki enam pusingan, sementara Nico Rosberg mengurangkan defisit kepada 41 mata selepas pelumba Jerman tersebut menduduki tempat keempat.

Perlumbaan seterusnya ialah di Grand Prix Jepun di Suzuka pada 27 September.