Vettel tekad pertahan gelaran GP Malaysia

Vettel tekad pertahan gelaran GP Malaysia

SEPANG, 30 Sept – Pemandu Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel tekad mempertahankan gelarannya di Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.

Juara dunia empat kali itu berkata, beliau mahu menebus kekecewaannya selepas menduduki tempat kelima di GP Singapura dua minggu lalu.

“GP Singapura adalah gambaran terbaik, ia tidak mengikut apa yang kami rancangkan…kami tiba di sini (Sepang) dan akan berusaha semaksimum mungkin.

“Setakat ini, ia masih belum terasa panas di sini, namun suhunya mungkin meningkat dan akan membabitkan perubahan kepada pelarasan teknikal seperti tayar,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Vettel percaya pasukan itu akan melakukan yang terbaik untuk kereta mereka terutama daripada aspek teknikal pada hari perlumbaan.

“Kita perlu menggunakan beberapa bahagian baharu dan diharapkan ia akan membawa kepada prestasi yang baik untuk kereta,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA