Vicente Calde...

Vicente Calderon pentas final Copa

MADRID, 15 Feb – Perlawanan akhir Copa del Rey antara juara bertahan Barcelona dan Alaves pada 27 Mei akan diadakan di Stadium Vicente Calderon, Atletico Madrid, umum Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.

Ia akan menjadi tahun kedua perlawanan akhir diadakan di stadium Atletico, dengan Barcelona merangkul kejuaraan bagi rekod 28 kali musim lepas apabila menewaskan Sevilla 2-0 dalam masa tambahan.

Atletico, yang ditewaskan Barca dengan agregat 3-2 dalam separuh akhir tahun ini, akan meninggalkan Stadium Vicente Calderon hujung musim ini dan berpindah ke stadium baru yang berkapasiti 67,000 bagi kempen 2017/2018.

Atletico akan berpindah ke rumah baru di bahagian timur laut Madrid selepas 50 tahun di Vicente Calderon. Sebelum bermain di Calderon, Atletico bermain di Stadium Metropolitano antara 1923 dan 1966. – AFP