Vicente del Bosque. – Reuters

Vicente del Bosque. – Reuters

PARIS, 9 Okt (AFP) – Juara dunia, Jerman gagal menggunakan peluang untuk menempah tiket awal ke Euro 2016 apabila tewas 1-0 kepada Republik Ireland pada pusingan kelayakan peringkat kumpulan, semalam.

Skuad bimbingan Joachim Loew itu hanya perlu memastikan tidak kalah di Dublin, namun jaringan separuh masa kedua Shane Long sebaliknya menghidupkan peluang Republik Ireland untuk layak secara automatik pada pertemuan terakhir bertemu Poland nanti.

“Ia tidak dijangkakan dan kekalahan ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Loew.

Pemain midfield Jerman, Marco Reus (kanan) mengikat tali kasut selepas pasukannya kalah kepada Republik Ireland pada perlawanan kelayakan Kumpulan D UEFA Euro 2016 di Stadium Aviva di Dublin pada 8 Oktober 2015. – AFP

“Kami mempunyai banyak peluang untuk melakukan jaringan tapi kami kurang ketepatan untuk merobek gawang lawan,” katanya.

Keputusan seri kepada Georgia nanti sudah cukup untuk melayakkan Jerman ke kejohanan itu tahun depan.