Victoria Beckham lancar kedai di HK

Victoria Beckham lancar kedai di HK

HONG KONG, 18 Mac (AFP) – Pereka fesyen Victoria Beckham melancarkan kedai pertamanya di luar Britain di Hong Kong hari ini ketika beliau cuba untuk memasuki pasaran Asia meskipun kemerosotan dalam perbelanjaan mewah.

Kedai Beckham dalam bangunan mercu tanda Hong Kong terletak di tengah-tengah pusat daerah pusat perniagaan, rangkaian jenama mahal dan hotel-hotel lima bintang.

Pereka Britain itu melakukan pemeriksaan terakhir pada kedai berkenaan pagi hari ini ketika para peminatnya menunggu di luar, sebelum keluar dalam pakaian hitam dan cermin mata besar, yang dikelilingi oleh pengawal keselamatan.

Rekaan Victoria itu sudah pun boleh diperolehi di rantau berkenaan, yang merupakan pasaran paling berkembang pantas bagi jenama tersebut.

Victoria Beckham melancarkan kedai pertamanya di luar Britain iaitu di Hong Kong (HK) pada 18 Mac. – AFP
Victoria Beckham melancarkan kedai pertamanya di luar Britain iaitu di Hong Kong (HK) pada 18 Mac. – AFP

Hong Kong merupakan kedai pertama Beckham di luar UK, direka oleh arkitek Farshid Moussavi yang berpangkalan di London.

“Prosesnya tidaklah mudah…membuka kedai adalah projek yang besar. Bersama dengan pasukan saya, saya terpaksa bekerja keras untuk mencapai ke tahap ini,” ujarnya kepada South China Morning Post.

“Saya tahu wanita Asia sangat memahami barangan berkualiti, bagus dan menghargainya apabila pakaian itu dihasilkan dengan bagus – dan begitu juga pakaian saya,” kata Beckham.

ARTIKEL YANG SAMA