Vidal mohon maaf

Vidal mohon maaf

SANTIAGO, 9 Julai (AFP) – Bintang bola sepak Chile Arturo Vidal semalam memohon maaf kepada polis kerana mengancam seorang pegawai ketika ditahan dalam keadaan mabuk ketika negaranya menjadi tuan rumah Copa Amerika yang telah dimenangi pasukannya.

Mahkamah menggantung lesen Vidal selama dua tahun didakwa memandu dalam keadaan mabuk, tetapi dia tidak akan menghadapi perbicaraan selepas memohon maaf untuk insiden 17 Jun itu.

“Saya Arturo Vidal dan saya mahu memohon maaf kepada polis Chile,” katanya di mahkamah ketika dia menghadapi tuduhan tambahan mengancam pegawai dengan kehadiran polis.

“Saya tidak dapat mengawal diri dan saya tidak hormat dan sekarang saya rasa menyesal,” kata Vidal, yang berkata dia juga memberikan ucapan kesedaran kepada belia–belia mengenai bahaya memandu dalam keadaan mabuk dan menderma peralatan sukan.

Vidal dirakamkan dalam pita rakaman selepas insiden itu menyumpah dan memaki hamun pegawai terbabit.

Vidal (tengah) bersama isterinya Maria Matus (kanan) tiba di mahkamah San Bernardo di Chile untuk menghadapi dakwaan memandu ketika mabuk dan mengancam pegawai polis. – AFP
Vidal (tengah) bersama isterinya Maria Matus (kanan) tiba di mahkamah San Bernardo di Chile untuk menghadapi dakwaan memandu ketika mabuk dan mengancam pegawai polis. – AFP

“Teruskan dan gari saya tetapi anda akan memalukan seluruh Chile,” dia boleh didengar dalam video amatur yang ditayangkan secara talian oleh stesen radio Bio Bio di Santiago.

Apabila video itu muncul, Vidal dikenakan denda tambahan. Vidal memohon maaf sehari selepas insiden itu.

Dia dibenarkan untuk mengekalkan kedudukannya dalam skuad Chile yang berjaya menewaskan Argentina untuk menjulang Copa America buat kali pertama selepas 99 tahun.

Vidal terlibat dalam kemalangan bersama kereta Ferrari berwarna merah miliknya ketika pulang ke Santiago selepas mengunjungi sebuah casino. Isterinya yang bersama dia ketika itu juga mengalami kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA