Vidal terlepa...

Vidal terlepas perlawanan sepanjang musim

BARCELONA, 12 Feb – Pemain Barcelona, Aleix Vidal harus melupakan hasratnya untuk bermain sepanjang musim ini apabila kaki kanannya mengalami kecederaan yang memerlukan pemain itu direhatkan bagi tempoh lima bulan.

Pertahanan kanan berkenaan mengalami kecederaan itu ketika Barca membelasah Alaves 6-0, lewat malam tadi apabila diasak teruk oleh Lucas Hernandez.

“Pemain itu sudah dipindahkan ke hospital di Vitoria dan kecederaan pada buku lali kaki kanannya memerlukan pembedahan,” kata Barca menerusi satu kenyataannya. “Anggaran tempoh buatnya tersisih daripada pasukan adalah kira-kira lima bulan.”

Vidal ketika ini sedang berusaha merebut tempat dalam skuad Luis Enrique selepas sering diketepikan sebahagian besar kempen kali ini.

 Aleix Vidal (kiri) terpaksa melupakan hasrat untuk bermain sepanjang musim ini apabila mengalami kecederaan ketika menentang Alaves. - AFP
Aleix Vidal (kiri) terpaksa melupakan hasrat untuk bermain sepanjang musim ini apabila mengalami kecederaan ketika menentang Alaves. – AFP

“Saya kecewa dengan kecederaan dialami Aleix, lebih-lebih lagi permainan bola sepak amat bermakna buatnya,” ujar Enrique.

“Saya berharap ia tidak menjadi teruk seperti apa yang dilihat,” tambah pemain midfield Barca Ivan Rakitic.

“Saya agak terkejut. Saya harap dia akan kembali dalam masa terdekat memandangkan dia merupakan pemain yang baik dan bermain begitu cemerlang.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA