Viddacom taja Pasukan Bola Lisut

Viddacom taja Pasukan Bola Lisut

pg21_150502_c

VIDDACOM (B) Sdn Bhd, Seria bermurah hati menaja Pasukan Bola Lisut Viddacom Knight (VK’S) dari Daerah Belait. Wakil penaja, Awang Nur Hasmin Kamrollzaman menyerahkan tajaan kepada pengurus pasukan, Yahya bin Haji Pungut dan kapten pasukan, Awang Harfian Haji Ramlee. VK’S dianggotai 25 pemain senior dan junior sejak setahun yang lalu dan dianggotai oleh warga Brunei dan warga asing. VK’s sedang menyertai kejohanan Piala Presiden dan akan mewakili Daerah Belait dalam Sukan Kebangsaan Brunei.